SEULAS PINANG
Saya mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat dan limpah kurnia kerana guru SPBT berjaya mewujudkan laman web Bilik BOSS SMKMA sebagai tatapan warga SMKMA.Syabas saya ucapkan kepada
pengurusan BOSS terutamanya guru penyelaras SPBT iaitu Pn Rashidah bt Misnan
dan jawatankuasa BOSS kerana telah berjaya melaksanakan pengurusan
Skim Pinjaman Buku Teks dengan lancar dan berkesan.
Pengurusan bilik BOSS yang baik akan melancarkan pengagihan dan pemulangan buku teks kepada pelajar. Pihak Hal Ehwal Murid SMKMA sangat mendokong segala program dan aktiviti yang yang dijalankan oleh pihak SPBT. Semoga aktiviti dan program yang dijalankan dapat menjadikan para pelajar SMKMA lebih bertanggungjwab dan lebih menghargai Buku Teks yang dipinjamkan kepada mereka. Semoga kualiti pengurusan BOSS di SMK Munshi
Abdullah akan terus diperbaiki dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Akhir kata, saya sangat berharap BOSS SMK Munshi Abdullah terus memberikan komited memberikan pengurusan yang terbaik. Saya berharap semua warga SMK. Munshi Abdullah berusaha
dengan lebih gigih dan saling bekerjasama ke arah pengurusan BOSS yang
cemerlang.
Sekian.Terima kasih
Puan Mahmidah bt Md Yatim
PK HEM
SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam