Wednesday, October 15, 2014

KATA - KATA ALUAN PENGETUA



SEKAPUR SIREH

       Assalamualaikum w.b.t       
Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pengurusan BOSS terutamanya guru penyelaras SPBT iaitu Pn Rashidah bt Misnan dan jawatankuasa BOSS kerana telah berjaya merealisasikan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks dengan jayanya.

BOSS yang cemerlang melambangkan pengurusan yang mantap dan berkesan disebabkan oleh komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak. Semoga peningkatan prestasi BOSS di SMK  Munshi Abdullah  akan terus melonjakkan nama sekolah di peringkat daerah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi. Menerusi pengurusan yang cemerlang ini juga diharapkan kadar gantian buku teks dapat dikurangkan dan seterusnya memanjangkan jangka hayat buku teks. Usaha ini sesungguhnya dapat menjimatkan wang kerajaan bagi mengantikan buku yang rosak setiap tahun.

Akhir kata, marilah kita kukuhkan lagi pengurusan BOSS dari semasa ke semasa. Saya berharap semua warga SMK. Munshi Abdullah berusaha dengan lebih gigih dan saling bekerjasama ke arah pengurusan BOSS yang cemerlang.

Sekian.Terima kasih



Encik Jaluli b. Hj Yahya
Pengetua SMK Munshi Abdullah