Monday, October 20, 2014

AKTIVITI KELAB



AKTIVITI KELAB SPBT


Kelab SPBT di SMK Munshi Abdullah telah menjalankan beberapa aktiviti yang melibatkan ahli kelab secara khususnya dan semua pelajar secara amnya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah


a) Aktiviti gotong-royong.
Ahli kelab SPBT telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang berbeza. Antara tugasan yang diberikan ialah mengecat rak buku teks, membersihkan bilik BOSS seperti menyapu sampah dan mengelap tingkap. Sebahagian pelajar yang lain pula diminta untuk menghias dan mencantikkan bilik BOSS.








b) Klinik Baikpulih Buku Teks
Klinik buku teks diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar yang memperolehi buku teks yang rosak untuk dibaikpulih. Dengan wujudnya klinik buku teks ini, jangka hayat penggunaan buku teks dapat dilanjutkan lagi.








c) Kempen Sayangi Buku Teks
Kempen Sayangi Buku Teks ini diadakan setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya pelajar menjaga dan menggunakan buku teks dengan sebaik mungkin. Bacaan ikrar dan akujanji  untuk menjaga buku teks dengan baik juga dijalankan sempena dengan kempen ini.



 d) Cetusan kreativiti
Ahli kelab bersama-sama guru pembimbing telah  menghasilkan tempat meletak peralatan menulis dengan menggunakan disket terbuang. Aktiviti ini dijalankan untuk membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif.