Saturday, October 18, 2014

KATA-KATA ALUAN PENYELARAS SPBT



SECEBIS HARAPAN


Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi kesyukuran saya ingin panjatkan ke hadrat Ilahi kerana berjaya mewujudkan laman web rasmi untuk BOSS SMK Munshi Abdullah ini. Semoga laman web ini dapat memberi informasi yang berguna mengenai buku teks kepada semua warga SMK Munshi Abdullah.

 Secara amnya kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah bermula daripada pengurusan BOSS yang berkesan. Buku Teks ibarat kunci ilmu kepada para pelajar.
Jesteru itu, saya sedaya upaya akan memastikan para pelajar mendapat pinjaman Buku Teks mengikut keperluan mereka.Pengurusan buku Teks merupakan tugas yang mencabar dan memerlukn kesabaran yang tinggi. Berkat usaha dan kerjasama dari pihak pentadbiran dan semua guru, pengurusan BOSS menjadi mudah dan dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga pengurusan BOSS yang baik dapat membantu guru menjalankan sesi pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dengan lebih berkesan dengan menggunakan buku teks yang dipinjamkan kepada pelajar.

Akhir kata saya amat berterima kasih dan bersyukur di atas keikhlasan serta hubungan erat para guru, pengawas SPBT dan ahli Kelab SPBT demi meningkatkan pengurusan BOSS dan seterusnya mampu mengharumkan nama baik sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.


Rashidah Binti Misnan
Guru Skim Pinjaman Buku Teks
SMK Munshi Abdullah,
45100 Sabak Bernam, Selangor.