Monday, October 20, 2014

TANGUNGJAWAB GURU SPBT


Tugas dan tanggungjawab guru spbt



1. Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT

2. Menguruskan bilik Operasi SPBT

3. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat

4. Mengedar, mengumpul dan menyemak Borang SPBT 1/1A

5. Menyediakan data enrolmen pelajar yang terkini

6. Menyelaras pengagihan buku teks kepada pelajar menerusi penyelaras tingkatan atau guru tingkatan

7. Menyelaras pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku teks (Borang SPBT G )

8. Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok SPBT dari semasa ke semasa

9. Menerima dan menyemak bekalan daripada pengedar atau penerbit seperti yang diarahkan oleh Pengetua

10.Menandatangani SAP atau Invois dan Nota Serahan sekiranya diperturunkan kuasa oleh Pengetua

11.Menguruskan gantian buku teks yang hilang atau rosak daripada pelajar.

12.Membuat pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan di tangan pelajar dari semasa ke semasa.

13.Memastikan buku teks SPBT dicop dengan menggunakan cop SPBT dan mencatatkan tarikh penerimaannya.

14.Menguruskan pelupusan buku teks dari semasa ke semasa

15.Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa SPBT sekolah,jawatankuasa kelayakan Murid dan Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks Sekolah

16.Melaporkan kepada Guru Penolong Kanan I atau Penolong Kanan HEM sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.

17.Merancang dan mengurus baik pulih buku teks