Monday, October 20, 2014

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT


  1. Pelajar mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
  2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.
  3. Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain .
  4. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku. Jangan rosakkan barkod buku!
  5. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
  6. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.
  7. Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.