Monday, October 20, 2014

TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKAtaN



Guru kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks diberikan kepada pelajar
seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga wajar memupuk rasa sayang akan buku teks dan menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT. Oleh itu, guru kelas mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti berikut:-

1. Bekerjasama dengan guru SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT
 
 2. Mengedarkan, mengumpulkan dan menyemak borang kelayakan murid (Borang SPBT 1) 
 
3. Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks daripada pelajar. 
 
4. Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks daripada pelajar 
 
5. Memastikan pelajar menggantikan buku teks yang dihilangkan / dirosakkan oleh mereka. 
 
6. Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baik 
 
7. Memastikan murid membalut buku teks dan melengkapkan maklumat diri mereka di ruang yang disediakan pada buku teks.



Bekerjasama dengan guru SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT Dibawah perkara ini guru- guru tingkatan dikehendaki :

· Mematuhi tarikh dan masa pengagihan serta pemulangan buku teks berdasarkan surat pekeliling sekolah yang diedarkan. 
 
· Menyimpan dan mengemaskini semua maklumat dan data-data berkaitan pelajar kelas masing- masing dalam fail yang disediakan oleh Unit BOSS

 








· Menyiapkan dan melengkapkan semua maklumat pelajar
dan bahan-bahan berkaitan dengannya mengikut tarikh
dan masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SPBT.
· Mematuhi prosedur dan peraturan yang telah disusun atur
untuk melicinkan proses peminjaman dan pemulangan
buku teks tanpa prejudis dan membuat prosedur sendiri
yang menyulitkan pelbagai pihak.
· Tidak menyerahkan tanggungjawab semasa proses
peminjaman dan pemulangan buku teks kepada ketua
kelas untuk diuruskan bagi pihak guru kelas.
· Tidak menyerahkan tanggungjawab semasa proses
peminjaman dan pemulangan buku kepada ketua kelas
untuk diuruskan bagi pihak guru kelas.
· Mengambil serius soal agihan, pinjaman dan pengurusan
buku teks ke arah pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan.